Tuesday, November 18, 2014

VERY BEST OF THE VERY WORST


'My favorite programme TV ever!!...mesti korang semua pernah tertengok ke terbukak ke terintai ke Channel 702 ni di Astro.Rancangan make over yang saya memang tak akan miss untuk follow. Perubahan penampilan seseorang daripada seorang yang memang 'worst' menjadi seseorang yang anggun jelita.Bagaimana seseorang yang selama ini cuba mempertahankan imej atau cara berpakaian yang teruk tu tapi boleh terikut untuk transform diri mereka menjadi yang terbaik.

Cara program tersebut memberi keyakinan untuk seseorang itu berubah menjadi inspirasi saya jugak untuk sentiasa berfikiran positif, sebab kebanyakan peserta itu terdiri dari wanita  peringkat pertengahan yang dah terbiasa hidup dengan imej atau penampilan diorang yang teruk tu sejak lama dulu,tapi selepas saja diberi ujian untuk menunujukkan yang persepsi diorang terhadap pemakaian adalah salah memang menyedarkan saya bahawa "First Impression"itu adalah SANGAT PENTING!
Sebagus mana pun korang bekerja,sepandai manapun korang belajar dan sebanyak manapun pengalaman kerja yang korang ada tak semestinya akan dipandang oleh masyarakat atau majikan sesebuah syarikat tu sekiranya pemakaian anda dan penampilan anda itu tak menggambarkan diri anda sebenarnya.

Pernah salah seorang peserta program tersebut diberi ujian penilaian untuk 1 jawatan yang di atur ke temuduga terlepas peluang pekerjaan tersebut semata2 kerana pakaian yang di pakai di anggap keterlaluan dan tidak kemas walaupun mempunyai skill atau pengalaman yang selayaknya untuk jawatan tersebut. Ini menunjukkan ketrampilan anda juga di ambil kira oleh majikan atau masyarakat umumnya.So tidak hairanlah kalau ada yang menegur anda kelihatan lebih tua dari umur sebenar sebab cara pemakaian dan penampilan make up anda yang tidak sesuai begitu jugak sebaliknya.
Tak kesahla anda seorang yang berbadan besar atau kecil yang penting anda mampu mengubahnya.
Kalau tak percaya cuba anda lihat beberapa transformasi yang dibuat di bawah ni yang mampu mengubah kehidupan mereka selepas itu.Mungkin ini adalah contoh gambaran yang nak saya sampaikan bagi masyarakat luar negara tapi mana tahu selepas ini akan muncul pulak program TV sepertinya di Malaysia sikit masa lagi.