Saturday, February 16, 2013

FaShIon IdOL~50's To MoDerN ErA

ICON FOR PEPLUM STYLE


ICON FOR POLKA DOT STLE

Sama tapi tak serupa......

Itu yang digambarkan bagi 2 orang ikon fesyen di atas.....Sama kerana mereka adalah pelopori fesyen pada era 50 an tetapi terkenal dengan style fesyen yang berlainan.

Serta apa yang juga menjadi persamaan antara kedua-dua mereka adalah fesyen yang dulunya terkenal pada era mereka dan sekarang telah kembali popular...

Lebih membanggakan juga Allayarhamah Seniwati Saloma juga telah membawa fesyen 'PEPLUM' terkenal hingga ke peringkat luar negara ..so tidak hairanlah jika kebanyakan designer sekarang telah menggunakan idea baru ke atas style peplum dan polka dot ini untuk disesuaikan lagi mengikut peredaran zaman.

Bagi penggemar fesyen pasti anda meminati trend baju peplum ni sbb banyak jugak kelebihan baju tersebut antaranya bagi mereka yang mempunyai bentuk badan kurus dan bahagian punggung yang agak kecil(macam akula tu) baju jenis ni dapat menutup kekurangan anda dengan potongan kembang di bahagian pinggang ke bawah so ia dapat memberi ilusi lebar pada punggung anda supaya anda nampak lebih berisi....tapi bagi anda yang mempunyai bentuk badan agak besar pemakaian peplum yang agak labuh sehingga paras lutut dapat menutup bahagian punggung anda yang agak besar...(hmm sangat convenience).So anda hanya perlu bijak memilih potongan atau corak yang sesuai dengan bentuk badan anda.  

Bagi anda yang berani mencuba pula bolehlah mengenakan design polka dot cuma jangan terlalu obses untuk mencuba sesuatu yang baru tanpa menilai kesesuaian ketika anda berfesyen.....Ini kerana jika anda salah memilih corak pasti anda akan nampak pelik dan 'serabut'....  

so please take note #LESS IS MORE#

 



No comments:

Post a Comment